Sunday, August 30, 2009

2nd order manik dah dapat semalam, bayar khamis, sabtu dah dapat.

Manik pada baju athirah yang tempoh hari tak cukup, dah selesaikan. Juga pada baju thai silk sendiri tu, nanti update gambar bila dah ambil

Tuesday, August 25, 2009

Blouse Alang


Blouse alang ni dijahit dengan teknik tali air (leher), jelujur (corak lace..), pintalan (cam sinar matahari), and buah beri..

Saturday, August 22, 2009

Thai Silk

Jumpa pattern ni di beberapa fotopages/blogspot. Jadi berkenan di hati, cuba pulak di baju raya tahun lepas, tapi.... tak cukup manik kalau nak buat 3 baris. Untuk 2 baris ni pakai 10gms merah and 10gms jernih. Jadi kena order manik lagi ler..

Friday, August 21, 2009

Baju Athirah

Saja nak tunjuk baju athirah yang telah dijahit manik di lengan, corak sama macam baju kakaknye.

Warna manik pink dan biru, 10gms each, jadi tak cukup le. Maknanye kalau nak buat pattern at least perlu ade more than 20gms in total.

Thursday, August 20, 2009

Manik tak cukup

Alahai, tak cukup manik pulak untuk baju athirah ni. Tinggal lagi 1 1/2 inci je lagi tak cukup. Nak kena order manik lagi le.

Mula jahit patern geometric pada lengan baju kurung lain dulu la sementara nak pikir ape lagi warna manik yang perlu dipesan. Tak kan nak pesan yang tak cukup je, rugi le kena bayar caj pos lagi.

Tuesday, August 18, 2009

Baju Athirah

Sedang menjahit pula manik pada baju Athirah. Teknik jahitan yang sama digunakan > Simpulan Tocang/Braided, untuk memantopkan teknik ni.

Friday, August 14, 2009

Baju Hanis

Inilah hasil SIMPULAN TOCANG/BRAIDED pada baju kurung Hanis.

Manik yang dipakai 3 warna, oren, clear dan kekuningan. 10gms each tapi ade baki lagi.

Thursday, August 13, 2009

Lengan Baju

Baru je mula dengan baju kurung oren anak sulung ku. Tunggu dan lihat hasilnya nanti.

Wednesday, August 12, 2009

Manik yang dipesan dah terima

Manik yang dipesan dari Imass dah dapat. Boleh la cuba pada baju kurung lain pula. Susahnya nak susun masa di antara kerja-kerja rumah harian dan hobi baru ni. Orang lain boleh kenapa tidak kita pula.

Monday, August 10, 2009

Manik di Lengan T-shirt


Masih ade baki manik lagi, jadi ku cuba pulak pada lengan t-shirt anak sulong ku, inilah hasilnye..

Baju kurung ku bermanik


Lengan baju kurung dijahit 'beriring 1 lapis', senang saja. Tapi bila cuba ditambah dengan 'bunga bintang' tak berapa kemas, jadi end-up dengan bunga ni.

Wednesday, August 5, 2009

1st time blogger

Selamat pagi semua,



baru nak berjinak-jinak dengan blog. What is blog? Use for what? How to create? bla...bla. Tak cuba maka tak tahu. Belajar tidak mengira umur. Usahalah